Perjalan Hidup Yang Tertinta

Sunday, March 21, 2010

5 hari 4 malan di Langkawi

Langkawi International Airport















Langkawi.

Terlebih dahulu aku panjatkan syukur kehadrat ILAHI kerana dengan limpah dan rahmatNYA aku dapat meneroka keindahan alam ini.


Pantai Cenang











Tasik Dayang Bunting










Kami dua keluarga menaiki Air Asia, 7 lebih malam.14/3/2010.

Buat semua patut la aku pergi la nie panas sangat, rupanya masa nie langkawi memang musim kering dari bulan November ke March.Jadik kalau nak poei poeilah bulan lain dari nie.

Pertama kali aku pergi ke sini, dan boleh aku katakan untuk 5 hari 4 malam masih ada banyak tempat yang belum kami lawati.Percutian kali ini disertai keluarga ateh , kakak ipar aku. Pendek cerita ada 5 dewasa, 5 kanak-kanak. Ada juga kejadian yang tak diingini berlaku,hari ke-4 anak aku yg ke-2, naqibah jatuh di KONDO ISTANA, terima 3 jahitan. Hati ibu mana yang dapat tahan tengok anak jadi macam tu, tapi ALLAH sudah maktubkan, setiap yang beriman pasti diuji, aku redho. Dalam bilik malam tu aku nangis tengok dia lemah, dahi berjahit. Malam tu kami tak keluar kerana masing-masing siap-siap berkemas untuk balik. Anak aku nie periang, keletah dan banyak cakap, memekak pun kuat, menjerit pun kuat.Dalam perjalanan semasa menaiki bot, dia yang paling teruja sekali, riak mukanya, anak aku yang pertama abangnya takut sedikit, tapi 'sikakak' nie cakap 'seronok sangat'. Tapi Alhamdulillah semuanya kembali seperti biasa, 'kakak' pun dah okey sekarang.

Itu cerita sedih di Langkawi tapi cerita keseronokkannya memang tak muat tempat nak di karang.
Sampai sana kami menginap di Langkapuri inn. Pagi sarapan disediakan, pasttu bebudak nie dah tak tahan nak main air.Tengahari Kami pergi keliling pulau, Tasik Dayang Bunting, Sungai Kilim beri makan burung helang dan akhir ke Pulau Beras Basah. Kat sini ada aku sertakan gambarnya buat tatapan kalian:














Tuesday, February 2, 2010

Seperti biasa






Hari nie ,cam biasa aku akan terkejar-kejar tgh hari coz nak amik Muhammad Redho. Alhamdulillah hari nie Naqibah cuti, tapi besok dia pindah tadika, dari Taman Marida Ke Taman Guru pehh...sah-sah kelam kabut aku dibuatnya. Dengan Hamas yang kat setahun, tak dok diam dalam kete.


Jadual padat giler. Pagi2 anak husband aku yang hantar. Balik statpukul 11.30 pagi aku kuar amik kibah, past 2 bawak balik rumah. Dia mandi and wat ever. 1.00 amik Abang dia kat Sek.Keb. Panchor. Redho kuar1.30. Bawak balik ghumah suruh dia mandi, makan dan lepastu hantar dia pegi sekolah kafa kat Taman Dahlia. aku balik gumah. Kemas2 and bagi Hamas susu. Hamas menyusu secara xclusif dengan aku, no campur no botol. Tu pasal aku nak gerak agak susah. Tapi ALLAH kan ada, mintalah tolong, Alhamdulillah aku boleh lagi w.pun tekejar2. Dan 5.30 aku amik Redho.




Hari nie tadi 2.30ptg lepas hantar redho aku bawak omak kesayangan den ke Klinik Ampangan Atas Bukit2. Dia sakit jantung, aritu dah bawa kat pakar, skrg refer kat Doc, Ampangan. Jantung emak aku masih bengkak. Dan aku pun tanya mcm2 doktor pun nasihatkan mak aku, jaga makan, pakai kasut pun mesti yang selesa, kaki mak aku bengkak coz jantung dia lemah tak pat nak fungsi cam kita yang sihat nie. Tapi sekarang ada sikit perubahan sejak tukar ubat. Maybe kene refer pakar.



Anak Ku Hamas pun nak kene jumpa pakar jugak bulan 3 nie. Nasib baik aku tak jadi doktor, senang2 aku pekse sendiri.



Walauapa pun, aku bahagia dengan apa yang ALLAh kurniakan pada aku.

Saturday, January 30, 2010

Keselamatan Anak

Assalamualaikum kepada semua warga dunia. terlebih dahulu ada perkara penting yang ingin aku ceritakan buat tuan hamba semua. Hari nie, malam ini, saat ini anak aku Muhammad Hamas dah pun tido lepas aku bagi susu. Jam sekarang pukul 8.50mlm.

Magrib tadi aku mandi kat bilik air ku, coz tiap master bedroom ada bilik air dlmnye. Dan my husband mandi kat luar . Rumah kami jenis rumah teres satu tingkat. Jadi bilik aku, bilik anak2 aku kat atas. Nak dijadikan cerita kami mandi serentak, tapi hamas aku letak dalam bilik aku, dengan keadaan pintu bilik bertutup tidak lock, tapi kat luar nak pergi tangga ada satu lagi pintu dah tutup utk halang hamas dari turun ke bawah sebab bahaya untuk baby macam dia.

Waktu aku mandi, abang dia si Redho naik ke atas, sebab dengar Hamas menangis. Selepas tu aku mandi cam biasa aku ingat situasi terkawal. Tiba-tiba aku dengar "bunyi" macam benda jatuh. Naluri seorang ibu memang kuat. Aku bergegas keluar dari bilik air , rupa-rupanya pintu bilik aku terbuka, pintu nak turun tangga pun terbuka, Hamas dah jatuh tangga....lebih kurang 5 anak tangga Ya Allah....aku mengucap panjang...Hamas betul-betul tepi besi pemegang tangga. Kat tepi tu ada ruang besar...Alhamdulillah dia tak apa2. Mengeletar seluruh badan aku.

Anak aku si Redho dah tak tahan nak ke tandas, jadi dia buka pintu nak tutup dah tak sempat . Akibatnya Hamas jatuh tangga. Redho pun kene gak ngan aku tadi. Pueh lak ingat kan suruh tutup pintu budak umur 7 tahun, belum tahu apa-apa lagi.

Aku nak nasihatkan kat sesiapa yang ada anak kecil lebih baik lock pintu dari dalam kalau tengah nak mandi ke atau nak amik air sembahyang. Paling kurang anak kita menangis, tak luak apa pun kalau jatuh lagi teruk.

Sesungguhnya Allah penentu segala walau pun jatuh macam tu Hamas masih okey lagi.. . Lain kali aku akan lebih hati-hati.

Monday, January 11, 2010

Bercuti Di Cameron Highland

Nie gambar kami sekeluarga, yg pergi Cameron Highland.
Nie family abg aku.


- hamas-
aku suke gambar nie, nampak semulajadi sgt.
sayang...muahhhhhh...utk baby omak... love u



(adib.edo.syira,ahnaf,kakak,naqibah)
love you all


Nie team anak aku ngan anak abg aku .Kami kat ldg teh.

















Friday, January 8, 2010

Maal Hijrah

Salam pada semua, sekarang msk tahun baru tahun 1431 hijrah. entah ada yg baca atau tak blog aku nie, aku pun tak kisah sbb dr dulu akuje yg negok2. Buat mika semua thn nie tahun cabaran buat ibu cam aku nie. yelah nak mengantor dan mengamik anak dr sekolah, past2 nak masak ngan buat bekal budak nie ke sekolah. Peh jadual penuh 2. hang ingat buat keje rumah nie tak letih ke. nie pun curi2 masa, coz Hamas tgh tidurrrrr....zzzzz. jap lagi 5.30 nak jomput edo dr klas petang. td pegi kodai kojap. Jadilah jgn tak negok kang bebudak2 melemak pulak. Bos tak dtg, bini bos pun okey lah. Tu pun amik duit sale je. coz hamas tido dalam keto.








Okeylah kat sini ada disertakan gambar2 percutian kami sekeluarga kat cameron highland. Kami bawak ayam, sardin dan mcm2 lagi coz sonang, beria2 boto masak. tak cayo tengok gamba nie. Sekali dua kali bawak bebudak nie apo salahnye. sebenarnye nie kali ke dua kami dtg, tp disebabkan waktu tu hujan cuaca tambah lg sojuk.
bebudak nie siap boli sarung tangan, aku pun beli gak....ngalahkan bebudak.





Biasanya ladang teh menjadi menu lawatan, selain strawbery park, kebun sayur, dan cuaca sejuk.









Sunday, January 3, 2010

Anak-anak Ku

Tengah kontrol hencem... perasanlah tu.... copek merajuk nie. Tapi kalau mintak tolong diaolah runner dalam rumah. Naik turun tangga amik barang no hal. Tapi jangan tongah malam kito dok kek bawah suruh dio naik kek bilik dio, sah2 dio marah takut hantu.


Nie Biasalah kalau depan camera dialah orgnya. Nie plak, copek nak nagih.........
kono lomah lombut sikit. Tak boto2 kito di marah e.... nasib baik tek sakit jantung. Stress biasolah manusio mano nak lari....
Baaaa.. cak. Nie Hamas. Hamas nie no hal, memang bagus. Sekarang nie tongah bekojo nak blaja jalan. lopeh 2 sok mulolah mengomeh. Sah2 tambah kojo ese.

besday edo ngan kibah


Nie gambar anak-anak aku yg sambut besday. Sorang lahir pada 11 ramadhan(Naqibah) yg cam nak potong kek tu dan abangnya 3 syawal(Muhammad Redho). So nak senang keje sambut sekali masa kami buat open house. Yang kecik Muhammad hamas lum cukup setahun lagi.


Nie Nagibah dan Redho.