Assalamualaikum kepada semua warga dunia. terlebih dahulu ada perkara penting yang ingin aku ceritakan buat tuan hamba semua. Hari nie, malam ini, saat ini anak aku Muhammad Hamas dah pun tido lepas aku bagi susu. Jam sekarang pukul 8.50mlm.
Magrib tadi aku mandi kat bilik air ku, coz tiap master bedroom ada bilik air dlmnye. Dan my husband mandi kat luar . Rumah kami jenis rumah teres satu tingkat. Jadi bilik aku, bilik anak2 aku kat atas. Nak dijadikan cerita kami mandi serentak, tapi hamas aku letak dalam bilik aku, dengan keadaan pintu bilik bertutup tidak lock, tapi kat luar nak pergi tangga ada satu lagi pintu dah tutup utk halang hamas dari turun ke bawah sebab bahaya untuk baby macam dia.
Waktu aku mandi, abang dia si Redho naik ke atas, sebab dengar Hamas menangis. Selepas tu aku mandi cam biasa aku ingat situasi terkawal. Tiba-tiba aku dengar "bunyi" macam benda jatuh. Naluri seorang ibu memang kuat. Aku bergegas keluar dari bilik air , rupa-rupanya pintu bilik aku terbuka, pintu nak turun tangga pun terbuka, Hamas dah jatuh tangga....lebih kurang 5 anak tangga Ya Allah....aku mengucap panjang...Hamas betul-betul tepi besi pemegang tangga. Kat tepi tu ada ruang besar...Alhamdulillah dia tak apa2. Mengeletar seluruh badan aku.
Anak aku si Redho dah tak tahan nak ke tandas, jadi dia buka pintu nak tutup dah tak sempat . Akibatnya Hamas jatuh tangga. Redho pun kene gak ngan aku tadi. Pueh lak ingat kan suruh tutup pintu budak umur 7 tahun, belum tahu apa-apa lagi.
Aku nak nasihatkan kat sesiapa yang ada anak kecil lebih baik lock pintu dari dalam kalau tengah nak mandi ke atau nak amik air sembahyang. Paling kurang anak kita menangis, tak luak apa pun kalau jatuh lagi teruk.
Sesungguhnya Allah penentu segala walau pun jatuh macam tu Hamas masih okey lagi.. . Lain kali aku akan lebih hati-hati.
No comments:
Post a Comment