Perjalan Hidup Yang Tertinta

Sunday, March 21, 2010

5 hari 4 malan di Langkawi

Langkawi International Airport















Langkawi.

Terlebih dahulu aku panjatkan syukur kehadrat ILAHI kerana dengan limpah dan rahmatNYA aku dapat meneroka keindahan alam ini.


Pantai Cenang











Tasik Dayang Bunting










Kami dua keluarga menaiki Air Asia, 7 lebih malam.14/3/2010.

Buat semua patut la aku pergi la nie panas sangat, rupanya masa nie langkawi memang musim kering dari bulan November ke March.Jadik kalau nak poei poeilah bulan lain dari nie.

Pertama kali aku pergi ke sini, dan boleh aku katakan untuk 5 hari 4 malam masih ada banyak tempat yang belum kami lawati.Percutian kali ini disertai keluarga ateh , kakak ipar aku. Pendek cerita ada 5 dewasa, 5 kanak-kanak. Ada juga kejadian yang tak diingini berlaku,hari ke-4 anak aku yg ke-2, naqibah jatuh di KONDO ISTANA, terima 3 jahitan. Hati ibu mana yang dapat tahan tengok anak jadi macam tu, tapi ALLAH sudah maktubkan, setiap yang beriman pasti diuji, aku redho. Dalam bilik malam tu aku nangis tengok dia lemah, dahi berjahit. Malam tu kami tak keluar kerana masing-masing siap-siap berkemas untuk balik. Anak aku nie periang, keletah dan banyak cakap, memekak pun kuat, menjerit pun kuat.Dalam perjalanan semasa menaiki bot, dia yang paling teruja sekali, riak mukanya, anak aku yang pertama abangnya takut sedikit, tapi 'sikakak' nie cakap 'seronok sangat'. Tapi Alhamdulillah semuanya kembali seperti biasa, 'kakak' pun dah okey sekarang.

Itu cerita sedih di Langkawi tapi cerita keseronokkannya memang tak muat tempat nak di karang.
Sampai sana kami menginap di Langkapuri inn. Pagi sarapan disediakan, pasttu bebudak nie dah tak tahan nak main air.Tengahari Kami pergi keliling pulau, Tasik Dayang Bunting, Sungai Kilim beri makan burung helang dan akhir ke Pulau Beras Basah. Kat sini ada aku sertakan gambarnya buat tatapan kalian:














No comments: